Wanita dan Berdandan

Assalamualaikum...

Hari ni Miss Nurul tak nak sentuh pasal serum Aniqa tapi nak sekadar nak share pasal kita kaum wanita dan berdandan ni tidak boleh dipisahkan. Dari skincare, cosmetics dan pakaian semua nak jaga. Kenapa? Itu lumrah kita sebagai wanita, nafsu untuk cantik tak kira pada pakaian ke, solekan ke mesti nak nampak cantik. Itu antara punca wanita sanggup berhabis duit untuk membeli $$$

Apa yang Miss Nurul selalu spend every month?? Pakaian dan kosmetik lah!! hehehe.. kadang tu rasa macam tak boleh control la...tarikan tu umpama magnet tau! sedar2 je.... kene ikat perut sbb dah ikut nafsu membeli punya pasal la ni... -_-

*testing..testing*
Miss Nurul suka make up.. dr zaman remaja lagi cuma few years back baru Miss Nurul nekad nak belajar teknik make up yg betul. Honestly, dulu make up utk g keje pn cincai aje.. Nak berjalan baru betul2.. tp x kemas sgt la solekan tu.. so Miss Nurul rajin la tgk youtube dan google teknik make up yg mudah dan kemas.. ada jugak belajar dr MUA.. nampak improvement tu bila you make up hari2.."Practise makes Perfect", setuju sangat dengan ungkapan kata-kata ni. Tak kira la sama ada you study ke, memasak ke, memandu ke .. practise tu sgt penting!! Mula dulu mmg stress, 'kenapa tak sama mcm kt youtube tu???' hahahaha!! expectation i tinggi ye! nak buat dua tiga kali jadi mcm MUA dlm youtube tu.. masa mula berjinak tgk youtube, Miss Nurul suka tgk video Chloe Morello dan Wayne Goss.. actually ada few more tp tak boleh plak nk pikir time ni..


time ni happy sgt beli brush baru

tak tau kenapa dari muda suka print celoreng ni..hehehe


Lama kelamaan kita pun dah serasi dengan make up tools and cosmetic kita... org pn ada gak tnye muka nampak lain kan tp sebenarnya teknik solekan kita tu yg buat nampak different skit.. 

tapi Miss Nurul sentiasa share tips yg mana Miss Nurul tau la kan.. kat kawan2.. yang penting kita jgn lokek ilmu even benda itu nampak kecil je.. seronok la sebenarnya share beauty tips dgn kawan2 ni sebenarnya.. kdg tgk ada kawan2 tu diorang ni minat nk make up walaupun diorang tak bersolek, (maybe tak pernah mencuba or segan or tak tau nak tnye siapa sebenarnya).. Miss Nurul akan offer diorang ajar make up.. even kita tidak pandai mana pn but there's no harm in sharing your knowledge right??

After all, kita kaum wanita perlu sama-sama membantu membangkitkan semangat sesama kita. Jangan bagi alasan, dah ada anak tak perlu bersolek dan berdandan ye.. kenapa masa muda boleh buat? makin berumur makin perlu jaga walaupun masa itu terhad kerana menjaga keluarga, luangkanlah masa anda sedikit untuk diri sendiri. "Its not about having time, its about making time"

So, ladies!!! tidak kira apa masalah anda hadapi, jgn lupa jaga diri anda ok??? cintai diri kita..

xoxo,
Miss Nurul

Comments

Popular Posts