Alahan kulit
Assalamualaikum,
Minggu lalu tak berkesempatan Miss Nurul nak update blog mahupun instagram kerana anak bongsu mengalami masalah alahan kulit dan jangkitan kuman. Sedih melihat keadaan dia sebab habis satu badan timbul gatal-gatal tu hingga perlu di masukkan wad. Hampir seminggu berulang alik ke klinik kemudian hospital. Cuaca sekarang mmg tak menentu, kadang tu terlalu panas sampai sakit kepala dibuatnya.
Pada mulanya Doc tak benarkan suntikan alahan kerana anak masih kecil dan suntikan alahan tu mengandungi steroid, tetapi selepas anak memberi reaksi negatif terhadap antibiotik yang diberi membuatkan Doc terpaksa memberi suntikan alahan tersebut. Alhamdulillah!! selepas 5 hari melawan dan menahan sakit, anak Miss Nurul pulih.
Oleh kerana cuaca sekarang yang selalu panas, jangan lupa hidrasi dengan air masak ye! Kadangkan Miss Nurul cemburu dengan kaum Cina. Bab pengambilan air masak ni, mereka sangat berdisplin. Bila naik LRT Miss Nurul akan perasan yang mereka mesti membawa botol air untuk ke pejabat. Kagum dengan mereka membuatkan Miss Nurul pun nekad untuk mendisplinkan diri ketika di pejabat untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter dan 1 liter ketika di rumah.
Masa muda tak tau pun kenapa perlu minum air masak secara kerap. Bila sakit je mula la Doc akan nasihat benda yang sama, bykkan minum air masak... rupanya badan kita memerlukan sekurang2nya 3 liter air sehari (ikut juga pada berat badan kita). Slowly, Miss Nurul perasan perubahan yang ada pada diri setelah mengamalkan minum air masak secara konsisten bibir Miss Nurul tidak kering lagi. Kalau dulu Miss Nurul sentiasa bergantung pada lip balm sebab nak elakkan bibir merekah.
Amalan seperti meminum air masak dan sebagainya tidak akan nampak perubahan drastik tetapi khasiatnya untuk jangkamasa panjang yang kita perlu lihat. Begitu juga dengan kulit, pemakaian produk seperti serum Aniqa untuk jangkamasa panjang adalah untuk mengekalkan kolagen dalam kulit kita selain mengubati masalah jerawat. Contoh seperti jeragat, bukan mudah nak hilangkan. Makan masa agak lama tetapi jangan ambil jalan mudah dan dedahkan kulit kita kepada bahan kimia semata-mata untuk cantik. Bahaya tu!!
sumber dari: Google
Contoh gambar diatas adalah penggunaan hidrokuinon secara berlebihan dan terlalu lama. Perlu diingatkan bahan seperti hidrokuinon tidak haram tetapi % yang dibenarkan perlu mendapat kelulusan KKM. Oleh itu jadi pengguna yang bijak untuk mengetahui lebih lanjut sebelum menggunakan sesuatu produk kecantikan. Kami menerima banyak pertanyaan berkenaan masalah kulit yang membuntukan pengguna kami. Antaranya alahan terhadap sesuatu produk. Kadangkala kandungan yang ada dalam produk tersebut yang memberi kesan alahan seperti gatal pada kulit dan sebagainya.
Contoh pengguna serum Aniqa yang mempunyai masalah alahan kulit. Beliau mendapat radang kulit yang mengakibatkan merah kulit dan timbul jerawat di seluruh muka beliau.
Contoh pengguna serum Aniqa yang mempunyai masalah alahan kulit. Beliau mendapat radang kulit yang mengakibatkan merah kulit dan timbul jerawat di seluruh muka beliau.
Sekiranya anda mempunyai masalah yang sama, boleh whatsapp kami di 012-3483311. Kami bersedia memberi konsultasi percuma kerana kami cuma mahukan yang terbaik untuk pengguna-pengguna kami.
Comments
Post a Comment