Solekan dengan serum Aniqa
Assalamualaikum semua... Miss Nurul nak share rutin Miss Nurul on normal basis sebelum keluar untuk memulakan tugasan harian. Biasa la kita nk jumpa orang kena la siap-siap mekap kan? Ditambah pula sekarang ni Miss Nurul berhijab, kena la berdandan dari atas ke bawah. Bila dah jam 6 pagi tu, loceng telefon pun berbunyi. Miss Nurul bukan 'morning person'. Dan kerana sebab itulah susah betul nak berpisah dengan bantal. Nak menangis pun ada! Siapa ada masalah yang sama sila angkat tangan :D dikala memaksa mata ku buka, perlahan-lahan Miss Nurul melangkah ke bilik mandi. Rutin biasa lepas menggosok gigi mesti cuci muka. Walaupun hanya tidur, kulit Miss Nurul akan terasa berminyak terutama sekali di bahagian T Zon. Selesai mencuci muka dengan pembersih muka, baru mandi. Kadang-kadang Miss Nurul jealous dengan En Suami ni. ...